Sabtu, 25 November 2017

Keluar Tandas, Pegang Bayi… Ibu Terkejut Anak 15 Tahun Beranak Dalam Tandas Pusat Beli Belah


Masalah gejala sosial kini semakin serius. Pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan tidak kira umur juga semakin menular. Bukan itu sahaja, dengan kehadiran media sosial, anak-anak remaja terutamanya, semakin berani untuk membuat perkara maksiat dan pandai menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu bapa.

Baru-baru ini, seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang baru berusia 15 tahun telah melahirkan seorang bayi di dalam tandas awam, lapor mStar.


Pada petang semalam (21 November), wanita itu telah keluar bersama suami, anak perempuan dan anak lelakinya ke sebuah pusat membeli belah di Kota Kinabalu, Sabah. Namun, semasa di mall tersebut, anak perempuannya mengadu mengalami senggugut dan sakit perut sebelum pergi ke tandas.


Walau bagaimanapun, selepas satu jam berlalu, anaknya masih belum keluar membuatkannya bimbang dan segera mencari gadis itu di tandas berkenaan. Sebaik tiba di tandas itu, alangkah terkejutnya wanita berkenaan apabila mendapati anak gadisnya sedang mendukung seorang bayi yang dipenuhi dengan darah!

Wanita dan suaminya kemudian bergegas membawa anak dan bayi tersebut ke hospital serta membuat laporan polis. Menurut ibu bapa remaja terbabit, mereka langsung tidak sedar bahawa gadis itu sedang sarat mengandung.

Apabila diminta diberikan penjelasan kepada ibu bapanya, remaja perempuan itu mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 17 tahun. Tambahnya lagi, dia dan remaja lelaki tersebut sudah pun berpisah sejak lima bulan yang lalu.

Menurut Ketua Polis Penampang, Supritendan Rosley Hobden, remaja perempuan itu dan bayinya kini berada di Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut dan usaha mencari bekas kekasihnya masih dijalankan.

Semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini dan harap polis dapat mencari bekas kekasih remaja itu serta mereka dapat selesaikan hal ini dengan segera.

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Sumber: Lobakmerah.com

7 Kanak-kanak Hidup Dalam Rumah Yang Kotor, Malah Turut Menemui Ulat Dalam Lampin Bayi 18 Bulan


NORTH CAROLINA - Satu pasangan telah didakwa atas pertuduhan mendera kanak-kanak selepas pihak berkuasa menemui tujuh kanak-kanak dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumah mereka, termasuk seorang bayi berusia 18 bulan dengan ulat di dalam lampin, lapor Daily Mail. 

Susulan penemuan yang mengejutkan itu pada malam Jumaat lalu, Jamie Leigh Hiatt, 25, dan Michael Patrick McKnight, 26, ditahan dan didakwa atas enam pertuduhan mendera anak-anak mereka. 

Difahamkan, McKnight adalah bapa kepada tiga orang anak, yang selebihnya adalah anak kepada Hiatt. 


Pegawai Polis Lexington berkata, ketika pihak kebajikan datang membuat pemeriksaan, mereka menemui tujuh kanak-kanak di bawah umur enam tahun hidup dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak sihat. 


Kapten Michael Hunt dari Jabatan Polis Lexington berkata, ketika anggotanya masuk ke rumah itu, anggota pegawainya terhidu bau najis dan air kencing yang sangat kuat. Malah, keadaan dalam rumah itu sangat teruk dan menemui najis manusia dan haiwan di dalam rumah keluarga berkenaan. 

Bimbang dengan tahap kesihatan kesemua kanak-kanak itu, pasukan perubatan telah dikerahkan ke tempat kejadian. Seorang bayi berusia setahun dan anak kembar berusia 18 bulan dibawa Pusat Perubatan Lexington, di mana mereka mendapati salah seorang bayi kembar itu mempunyai ulat di dalam lampinnya. 



Ketiga-tiga kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Kanak-Kanak Brenner untuk menerima rawatan lanjut. Manakala empat lagi kanak-kanak berkenaan diambil dan ditempatkan di rumah saudara mara mereka atau pusat jagaan untuk sementara waktu. 

Hiatt dan McKnight dijatuhkan hukuman penjara, masing-masing dengan bon $100,000. Pihak berkuasa berkata, caj tambahan boleh ditambah dan kedua-duanya akan dibicarakan di mahkamah pada 20 November.

Sumber: The Reporter

Suami Tak Mampu Beri Kepuasan, Isteri Dedah ‘Terlanjur’ Dengan Madu Sendiri, Kini Seperti Pasangan Kekasih


Asslamualaikum warga krt…sy terpaksa account madu sbb takut sangat aib kluarga bahagia saya ni org lain tahu termasuk mak,mil,fil,ipar duai dan adik bradik sendiri..sbb aib ni sngt2 memalukan.

10 tahun saya jadi isteri dan saya ibu kepada 4 org anak perempuan..peranakan saya dah d ikat kerana saya ceaser dah 3x. saya ada madu dan saya terlalu sygkan dia..kami tinggal 1 bumbung dah 4 tahun kami bermadu..suami lah org yang paling gembira kerana kami rapat macam adik bradik..adik bradik pun xrapat macam kami..

Sebelum saya dimadukan..saya sedih sangat bila suami yang saya syg dan cinta mula menduakan saya atas alasan dia nak anak lelaki. saya menangis kerana terpukul dengan hasrat suami..ya dia banyak duit dn mampu..tp di dlm bilik dia lelaki yang selalu kecewakan sy…

xpernah rasa kepuasan seorg isteri kdg2 lps on dengan dia, dia terus tidur berdengkur..terpaksa la saya layan sorg2 sampai puas..mcm ni lah hubungan intim yang xpernah cukup dia bg..isteri mana nak berkongsi kasih sedangkan dia tahu suami dia sangat2 tidak mampu dr segi batin?

Hari2 dia slalu sebut kalaulah ada anak laki..kalau lah ada ank laki..sy sebagai isteri yang terlalu syg pada suami akur dengan kehendak dia utk berkahwin sorg lagi walaupun pahit harus sy telan..


Bermulalah kisah selepas saya di madukan..madu saya cantik lemah lembut sopan santun..sy rasa tergugat sbb takut suami dah xsuka saya lagi bila dah jumpa yang cantik dan muda, tp sangkaan saya tidak betul suami lebihkan masa bersama saya dr isteri mudanya..walaupun lebih masa untuk saya namun di ranjang dia tidak dpt capai apa yang saya nak..di tinggal terkapai kapai kesorang..makin teruk dari sblm berkahwin dua..

husnuzon munkin dia penat layan bini muda skrg..saya tak sampai hati melihat suami ulang alik 2 rumah..sy bagi cadangan satu kan kami dlm 1rumah..lagi pun ada teman masak,teman borak..dengan cerianya dan gembiranya suami mendengar cdangan saya..

Bermula lah kehidupan saya dan madu dlm 1 rumah..masak sama2, makan sama2..madu saya seolah olah ada sesuatu yang nak dia sampaikan pada saya sejak akhir2 ni..bila saya paksa n pujuk dia kenapa? Dia mula bgthu saya yang suami dah lama xsentuh dia hampir 2bulan..rupanya baru saya tahu suami sangat2 tidak bertanggungjawab atas kami..walaupun saya dia sentisa sentuh tp mcm xsentuh pun…sedap dia sorg je..

Pada malam tu sy xdpt nak tidur..tergerak hati ketuk bilik madu nak ajak berborak, tepat pada masa dia pun xdpt lelap..kami berborak panjang pastu entah bila sy terlelap di katil bilik madu.

Dan pada masa tu juga walaupun saya tertido saya dpt rasakan belaian yang luar biasa dari madu.dia cium sy dengan penuh perasaan..bila terjaga saya juga melayan apa yang dia buat..malam itu juga saya dan dia dpt kepuasan yang tak pernah kami rasa sebelum,.dan bermula malam tu saya selalu tidur bilik madu jika suami out station..kami seperti pasangan kekasih akrab yang teramat sehingga tak sanggup rasanya nk berpisah.

Sekarang 4 tahun kami berkeadaan begini..suami gembira kami akrab sebgini dia tak tahu apa yang kami buat di belakang dia..dah 4 tahun baru tergerak hati nak bertaubat…banyak kali saya bertaubat tapi buat balik..benda ada depan mata dan kami berdua xtahan..tolong lah saya mcm mana nak atasi masalah ni..

Sumber: KRT

Menurut Kajian, Jauh Dari Tempat Kerja Punca Cepat Mati


Berita berasal dari Stockholm, Sweden dan bertarikh pertengahan April itu menyatakan bahawa mereka yang melakukan perjalanan berulang-alik ke tempat kerja sejauh lebih daripada 48.2 kilometer sehari cenderung untuk mati lebih awal berbanding mereka yang tinggal berhampiran dengan tempat kerja kerana mereka berkemungkinan lebih mudah mendapat penyakit darah tinggi, masalah jantung dan mengalami depresi akibat tekanan pekerjaan.


Walau bagaimanapun, tertarik dengan pendapat dari sumber Hmetro yang menyangkal kajian tentang mati akibat kerja jarak jauh. Sebenarnya di Malaysia, berulang kerja jauh adalah perkara biasa.


Ramai pekerja yang bertugas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Klang membeli rumah dan tinggal di Ipoh, Seremban, Temerloh dan Melaka. Mereka berulang-alik setiap pagi dan petang setiap hari dari bandar-bandar ini ke ibu negara.

Bertugas di kota dan tinggal di luar bandar adalah pilihan yang terbaik untuk sesetengah mereka ini. Faktor ekonomi, terutamanya harga dan sewa rumah di kawasan bandar menjadikan tindakan mereka lebih masuk akal dan bijak.

Yang menjadi faktor utama kepada penyakit darah tinggi dan masalah jantung, bukanlah berpunca jauh dari tempat kerja semata mata, tetapi ada banyak faktor lain termasuk :

  • Faktor keturunan
  • Pemakanan seseorang dan
  • Gaya hidup

Mereka yang menjaga pemakanan dengan tidak mengambil banyak makanan berlemak, tidak merokok dan menjauhi alkohol akan rendah risiko menghidap penyakit yang menjadi pembunuh utama rakyat negara kita ini.

Mengamalkan gaya hidup sihat dengan sering bersenam akan terus menurunkan lagi risiko terhadap penyakit berkaitan.

Sumber: HMetro

Mengejutkan! Bayi Ditanam Hidup-Hidup Oleh Ibunya Ditemui Masih Bernyawa!! Merangkak Keluar Dari Kuburnya Sendiri (5 Gambar)


THAILAND – Seorang bayi yang ditanam hidup-hidup oleh ibunya berjaya merangkak keluar dari ‘kuburnya’ sendiri, tersebar di media sosial.

Kejadian yang mengejutkan itu dilaporkan berlaku di negara jiran pada awal September lalu.


Gambar-gambar penemuan bayi itu tersebar meluas di media sosial membuatkan netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.





Bayi berkenaan yang ditemui orang kampung telah diberikan rawatan sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak kebajikan.

Sedangkan ramai para isteri di luar sana mengharapkan mereka dikurniakan cahaya mata, namun golongan yang diberikan rezeki ini pula sewenang-wenangnya membuang bayi mereka.

Perubahan Mengejutkan Anak Menjadi Kacak, Ibu Menangis Kerana Hampir Tidak Kenal


Bagi mereka yang terbiasa melihat rancangan variasi Korea tentang pembedahan plastik, anda pasti teruja melihat perubahan peserta daripada wajah biasa-biasa ke rupa bak supermodel yang kacak dan jelita. Pun begitu, perubahan tersebut boleh dikatakan agak drastik hingga ahli keluarga sendiri tidak dapat mengecam wajah peserta yang terlibat.

Hal inilah yang menimpa seorang ibu apabila dia hampir tidak mengenali anaknya saat melihat lelaki itu kali pertama selepas menjalani pembedahan plastik di Korea menerusi rancangan realiti televisyen “Let Me In Thailand”, lapor Coconuts.


Noppajit Monlin yang berusia 22 tahun ini bekerja sebagai seorang pekerja kilang di Thailand dan dikenali mempunyai paras rupa yang hodoh dan menghadapi kesukaran dalam mengunyah makanan kerana masalah rahangnya yang senget.


Disebabkan kekurangan yang dialaminya, Noppajit seringkali mengasingkan diri daripada pekerja kilang yang lain dan makan bersendirian ketika waktu rehat. Ala kesiannya….


Walau bagaimanapun, Noppajit telah berjaya menyertai musim ketiga rancangan realiti tersebut dan bersetuju untuk menjalankan pembedahan plastik di Korea Selatan. Untuk mendapatkan wajah yang diinginkan, Noppajit terpaksa menjalani pembedahan di bahagian rahang, dahi dan kelopak mata.

Menerusi program tersebut juga, dia akan diberikan suntikan botox kelenjar air liur, suatu prosedur untuk memperbaiki lelehan air liur yang berlebihan dan rawatan kulit bagi menghilangkan kecacatannya.

Hasil daripada pembedahan tersebut amat menakjubkan! Dah rupa macam mamat Korea dah ni. Serius kacak! 



Selesai menjalani proses pemulihan selama tiga bulan, Noppajit dijadualkan untuk bertemu ibunya buat pertama kali di restoran kegemaran mereka. Situasi tersebut berubah menjadi sebak apabila si ibu tidak dapat mengenali anaknya sendiri yang hanya duduk di meja berhadapan dengannya. Alahai! 

Saya sangat merinduinya dan ini bukan lakonan,” kata ibu Noppajit sebelum menitiskan air mata di hadapan kamera.

Esak tangis ibu Noppajit bertambah-tambah apabila Noppajit bangun daripada kerusi dan berjalan ke arah ibunya.

Ibu masih ingat saya? Pandanglah saya,” pinta Noppajit.

Ini kamu? Betulkah kamu ni?” soal ibu Noppajit. Anak beranak itu kemudian saling berpelukan. Aww sedihnya! 



Jika dilihat kepada perubahan yang berlaku ke atas Noppajit, tidak hairanlah ibunya sukar untuk percaya bahawa dia adalah anaknya. Dia juga terpaksa menunjukkan parut di tangan sebagai pengesahan kepada ibunya.

“Ramai melihat saya sebagai individu yang berbeza. Saya rasa lebih baik. Sebelum ini, orang lihat wajah saya tak normal dan masyarakat tidak menerima saya, kini saya mempunyai lebih ramai kawan,” kata Noppajit dalam sesi temubual program tersebut.

Sungguhpun rupanya sudah seperti seorang model dari Korea, cinta Noppajit kepada kekasihnya, Tob, seorang transgender masih tidak berubah. Mereka kini telah menjalinkan hubungan selama tiga tahun.

Saya menjaganya, tetapi saya tidak takut dia tinggalkan saya. Kami mepercayai satu sama lain sejak awal perkenalan lagi,” ulas Tob, 26, kepada rancangan tersebut.


Noppajit yang berani meminta nombor telefon Tob sebaik lima minit berkenalan di Facebook itu berkata,

“Dia menjaga saya. Walaupun dia bukan seorang wanita sejati, tetapi dia sebenarnya sudah seakan-akan seorang perempuan. Wanita ini adalah yang terbaik untuk saya.

“Saya mungkin sudah mempunyai kehidupan baru sekarang, namun hati saya tetap sama.” 

Walau apapun diharapkan hidup Noppajit berubah menjadi lebih baik selepas perubahan yang dilakukannya ini. Semoga dia tidak disisihkan lagi seperti dulu

Sumber: Lobakmerah.com

Sanggupkah Anda Memperisterikan Wanita Yang Tiada Dara? Fakta Terbaru Ini Pasti Memberi Tamparan Hebat Kepada Lelaki Yang Belum Berkahwin!


Dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka di negara ini menurut sebuah akhbar tempatan. 15.000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun menurut satu kajian.

Fakta ini boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk berkahwin. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.

So, yang menjadi persoalan kat sini, adakah lelaki zaman sekarang masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis? Secara ringkasnya ini adalah pendapat peribadi aku, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.

Aku rasa zaman sekarang ni pun lelaki masih lagi mementingkan status ‘dara’ seorang gadis. Bagi aku, dara tu melambangkan kesucian, maruah dan keperibadian wanita. Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, mungkin mereka sukakan aktivit lasak sehinggakan tanpa disedari mereka kehilangan dara.

Kalau macam tu, aku tetap terima melainkan perkara tersebut berlaku kerana zina. Bagi kes lain, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak. Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya.



Sebenarnya, status dara ni perkara yang subjektif. Lain orang lain pemikirannya. Walau bagaimana pun pun, Tuhan dah tentukan jodoh kita. Macam mana sikap kita, begitulah jodoh kita. Jadi, kalau kita mementingkan status dara atau gadis, kita sebagai lelaki kena juga mempertahankan keterunaan kita.

So atas pilihan anda. Biasa perempuan xkan bagitahu mereka dah kehilangan dara ataupun tidak. Banyak lepas berkahwin baru diceritakan.

Apa pandangan anda?

sumber: airsoya via bujanglapok

Mari kita tengok dari segi islamik .. Petikan dari laman web (http://ustazlove.com)

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg memakai gelaran ‘lelaki ini’..

“Salam ustaz,
Saya ada teman wanita yang saya sudi menerimanya untuk saya berkahwin dengannya. Tetapi, saya baru dapat tahu kebenaran terhadap zaman silam beliau bahawa beliau telah melakukan zina bersama lelaki dan berkemungkinan telah hilang dara dan telah dirogol oleh rakannya secara paksa dan berkemungkinan besar kehilangan daranya buat kali kedua. Saya keliru tentang apa yang saya patut buat bersama beliau atau terimanya dengan hati yang terbuka. Ustaz, minta tolong jelaskan kenyataan saya.

Wassalam“

Sebelum Ustaz Love meneruskan entry ini, ingin Ustaz Love jelaskan satu perkara. Dara itu hanyalah sejenis selaput dan akan hilang pada kali pertama berlakunya persetubuhan. Tidak ada istilah hilang dara kali kedua.. tetapi yang ada hanyalah istilah diragut kehormatan. Mungkin istilah ni lebih sesuai berbanding istilah kehilangan dara buat kali kedua. Pelik sangat bunyinya..

Ustaz Love tak pasti dah berapa lama saudara mengenali teman wanita itu. Dan berapa lama pula beliau menyembunyikan perkara itu sebelum berterus-terang dengan saudara. Persoalan di sini bukanlah pada kejujuran dan keikhlasan beliau untuk berterus-terang itu, sebaliknya motif di sebalik penceritaan beliau tentang kisah zina dan perkosa itu. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk dengan beliau. Ustaz Love sekadar ingin saudara berhati2 agar tak terjebak dalam perkara yang tak diingini.

Sesungguhnya, saudara lebih mengetahui akan akhlak teman wanita itu berbanding Ustaz Love sendiri yang tak pernah mengenali beliau. Ustaz Love sekadar boleh membantu memberikan panduan2 umum, selebihnya saudara sendiri yang akan membuat penilaian terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan yang bakal mengubah kehidupan saudara.

Orang beriman itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama 2x.. kalau dalam peribahasa Melayu ia disebut sebagai pisang yang takkan berbuah 2x (walaupun kita boleh makan pisang berkali2).. mungkin kes pertama itu berbeza daripada kes kedua (satu kes zina, satu lagi kes rogol), tapi jalan berlakunya perkara itu tetap sama, iaitu melalui hubungan seks..

tak kira la sama ada dengan rela atau secara paksa. Dari satu sudut, ia sangat berbeza (kalau ikut undang2, perogol yg akan dikenakan hukuman dan bukannya mangsa rogol), tapi bukan itu yang Ustaz Love nak timbulkan di sini. Ustaz Love lebih suka nak fokus pada punca berlakunya kejadian itu berbanding memfokuskan pada kisah hitam yang dialami oleh wanita tersebut.

Kes berkaitan salahlaku seks ini terlalu banyak punca2 yang boleh menyebabkan berlakunya perkara tersebut. Antara yang paling biasa adalah disebabkan pergaulan bebas yang dah tentunya melibatkan masalah akhlak. Seorang wanita yang berakhlak baik, tidak akan membiarkan dirinya bergaul bebas dengan lelaki bukan mahram..

tak kira la atas nama kawan ke, rakan sekerja ke, sepupu yang rapat ke dsb. Jika mereka memahami betapa bahayanya pergaulan bebas ini, nescaya mereka akan takut untuk berada di kalangan lelaki lebih daripada takutnya mereka berada di kalangan buaya.

Jika kita dimakan oleh buaya, maka kita cuma akan mati dan takkan dipersoalkan di akhirat nanti tentang kematian kita (kecuali kalau kita sengaja terjun ke kolam buaya untuk membunuh diri dengan cara yg paling sadis). Sebaliknya, jika kita mati dalam keadaan bergelumang dengan zina (tidak bertaubat), maka urusan kita masih lagi belum selesai dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Berbalik pada kes saudara..

Pada pandangan saudara sendiri, sejujurnya, adakah saudara meyakini teman wanita itu (berdasarkan pandangan mata zahir) telah berubah dan bertaubat daripada dosa silamnya? Saudara boleh cuba tepuk2 dada dan melihat secara mendalam akan perkara ini. Sekalipun firasat manusia itu tak selalunya betul, namun manusia itu diberikan keupayaan untuk menilai secara zahir.

Jika saudara meyakini akan perubahannya, maka seperti yang selalu Ustaz Love jelaskan sebelum2 ni, tiada masalah untuk saudara menerima teman wanita itu sebagai pasangan hidup. Tak penting pandangan orang lain sbb bukan mereka yang nak hidup dengan wanita tersebut. Semuanya bergantung pada kehendak hati saudara sendiri.

Ustaz Love sangat menyarankan agar saudara mengambil langkah yang sangat berhati2 dalam menangani perkara ini.. agar hati saudara dan hati teman wanita itu sama2 dapat dijaga. Kita tak tahu hakikat sebenarnya. Saudara sendiri pun cuma mengetahui tentang peristiwa hitam itu melalui lidah teman wanita itu sendiri, yang tetap ada kemungkinan faktanya diselewengkan..

Cerita tentang pisang berbuah dua kali itu adalah sisi negatif pandangan Ustaz Love.. bagi Ustaz Love, jika seseorang itu telah bertaubat daripada perbuatan zina, insyaAllah dia akan menjaga dirinya daripada terjebak dalam perkara itu sekali lagi..

walaupun pada kali yang lain, beliau mengatakan dipaksa melakukan hubungan seks (rogol). Ini kerana, jika beliau dapat menjaga diri daripada lelaki2 buaya dengan menjauhkan diri daripada mereka, nescaya beliau akan terselamat daripada kejahatan mereka.. kecualilah jika kejadian rogol itu berlaku dalam tempat yang sepatutnya selamat bagi beliau (spt dalam rumah, pejabat dsb) ataupun dikhianati dengan cara dimasukkan ubat tido dalam minuman dsb..

Berdasarkan cerita saudara yang beliau dirogol oleh rakannya sendiri, pada pandangan Ustaz Love, beliau masih lagi belum dapat menjaga batas pergaulan.. sehingga terjadinya kes rogol itu.. ataupun ada kemungkinan juga beliau menggunakan alasan dirogol untuk nampak betapa kesiannya beliau yang menjadi mangsa.. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk, tetapi Ustaz Love cuba memberikan situasi pilihan yang paling buruk yang mungkin berlaku.

Biasa je berlaku dalam dunia nyata, para wanita menyatakan diri mereka dirogol untuk meraih simpati pasangannya.. sedangkan hakikatnya, mereka bukan dirogol, sebaliknya berzina. Ada juga yang lebih berani mengancam untuk melaporkan kes rogol sekiranya pasangannya itu meninggalkannya atau tidak mahu berkahwin dengannya.

Jadi, berhati2lah wahai lelaki.. Jangan sekali2 menyentuh hati wanita sekiranya tidak berhajat memperisterikannya. Kalau tak nanti, kena terima la apa saja yang berlaku disebabkan kuasa ‘kelembutan’ wanita.

Tak dapat tidak, saudara kena lakukan solat istikharah.. minta petunjuk daripada Allah, adakah pilihan saudara ini terbaik buat kehidupan saudara dunia dan akhirat. Jangan letakkan cinta manusia di depan, kelak nanti kita akan dibutakan daripada melihat kebenaran. Allah saja yang lebih mengetahui hakikat sebenar kehidupan lalu teman wanita itu.. Dekatkanlah diri dengan Allah dengan melakukan ibadah2 sunat seperti solat, puasa, sedekah dsb dan berdoa semoga Allah memudahkan urusan jodoh saudara sekiranya teman wanita itu adalah jodoh yang terbaik buat saudara. ‘

Dalam membuat keputusan berkaitan masa depan (terutama pemilihan wanita2 yg bakal menjadi ibu kepada anak2), ketepikan dulu perasaan cinta ke, simpati ke dsb.. Pilihlah dengan tepat, agar perasaan cinta yang bakal ditumpahkan nanti akan kena pada tempatnya.. Umpama kuah masak lemak tertumpah ke nasik, menjadikan nasik yang tawar itu sedap dimakan.. berbanding kuah yang tertumpah ke lantai, kucing pun tak lalu nak menjilatnya..

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan petunjuk kepada saudara dalam membuat pilihan. Jangan tergesa2 dalam berjodoh, takut nanti tak sampai ke syurga..

Ini Komen Ustaz Azhar Idrus